Tuesday, March 16, 2010

Kek Batik

Nyum-nyum...
Petang2 pekene dengan kek batik ni memang sedap...

Xsampai esoknyer gerenti abis..

My Family and semua suke kek ni...
If nak order boleh lah contact me....

Wednesday, March 3, 2010

She Want PINK....

Set cupcake ni adalah tempahan dari Nur Shahidah bt Hamdan dari Jabatan Pertahanan Awam Daerah Muar. Shahidah telah menempah cupcakes ni awal2 lg..
Harap2 shahidah suka...Shahidah nk yg ada strawberry..tp cari2 kat muar xder...mgkn xde time kot..
sori ye shahidah...

Hepi besday 2 Shahidah..Semoga anda dpanjangkn umur n dmurahkan rezki..aminnnn...

Terima kasih kerana sudi membeli dengan kami....

(dengan kerjasama dHeart Purple)-my sister dont be angry coz i copy paste ur post...

Friday, January 22, 2010

BAHAYA KuRanG MinuM Air

KHASIAT TABIAT MINUM AIR

Apr 16

I got this from my mailbox and just wanna share it with y'all.

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap - tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk - sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air . Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira - kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing - masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira - kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru - paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air .

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang - kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah - buahan dan sayur - sayuran .

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang - kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum , tidakkah akan berlaku keracunan air ? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air . Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air , iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita - cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air . Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air . Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air , mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air . Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Thursday, December 24, 2009

Cocoa Collagen Power Plus













PRODUK CRYSTAL LIZ RESOURCES
RM60.00 (Sem M'sia)-30 sachet
RM70 (Sabah& Sarawak)
PM ME FOR D BEST PRICE!!

HuRrY Up !!!!

Produk terbaru dan paling murah di pasaran yang mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalaman…Koko Pracampuran… adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat.


Cocoa Collagen Power Plus mengandungi:
Marine Collagen - Membantu mengimbangi hormon,mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit
Kacip Fatimah - Membantu merapatkan otot-otot rahim,faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri
Lobata - Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung
Krimer bukan tenusu - Membantu meningkatkan daya kesihatan anda
Dextrose monohydrate - Melambatkan proses penuaan
Oligo saccharide - Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan .


Khasiat CCPP bagi anak dara:-

Whole Body bertambah kemas/menarik/reshape
Yang peha besar --> CCPP reshape size peha bertambah menarik
Kulit cerah dari dalamKulit mulus, gebu
Jerawat less
Parut jerawat insyaallah hilang
Less jeragat
Tenaga/ tak letih/ tak mengantuk
Celahan pelipat (peha, ketiak, siku) semakin cerah
Tumit pecah2 bertambah licinLess rambut gugur
Naik seri pengantin ...
Body menggeleber lepas kurus ... push up balik
Masalah resdung berkurangan .. leh sebat macam2..
.Hormon stabil
Perjalanan darah lancar
If high water retention .. leh turun kg
Seimbang berat badan
Mengenyangkan
Kencing lawas
Lebam bawah mata less
Muka glowing ..
Hilang lenguh2 sendi
Lancar penghadaman
Merangsang pertumbuhan sel baru/antikedut
Memontokkan dan menegangkan punggung dan payudara
Melambatkan Proses Penuaan


Khasiat CCPP bagi yg dah berkahwin:-

Menjadi SUPER POWER ...
Mengetatkan vaginaYang monopous insyaallah ada pelincir
Yang bermasalah dr segi pelincir insyaallah solve problem
Hubungan suami isteri lebih intim ...(luar biasa .... Pempaham la segan lak)
Yang dah bersalin, pinggul kembali kecik. Kemas .. tulang pinggul rapat. Biasa dh bersalin pinggul akan lebar.
Tambah air susu bg yg menyusu
Bantu mengecutkan rahim
Repair rahim yang bermasalah. (utk cyst, fibroid jgn bergantung pd CCPP. Please dptkan rawatan doktor)
Membantu mudah lekat (mengandung if dh smp rezeki insyaallah)Memperbetulkan kitaran haid yg lebih teratur
Whole Body bertambah kemas/menarik/reshape
Yang peha besar --> CCPP reshape size peha bertambah menarik
Kulit cerah dari dalam
Kulit mulus, gebuJerawat less
Parut jerawat insyaallah hilang
Less jeragatTenaga/ tak letih/ tak mengantuk
Celahan pelipat (peha, ketiak, siku) semakin cerah
Tumit pecah2 bertambah licin
Less rambut gugur
Body menggeleber lepas kurus ... push up balik
Masalah resdung berkurangan .. leh sebat macam2...
Hormon stabil
Perjalanan darah lancar
If high water retention .. leh turun kg
Seimbang berat badan
Mengenyangkan
Kencing lawas
Lebam bawah mata less
muka glowing ..
Hilang lenguh2 sendi
Lancar penghadaman
Merangsang pertumbuhan sel baru/antikedut
Memontokkan dan menegangkan punggung dan payudara
Melambatkan Proses Penuaan

Semua wanita/anak dara berumur dari 20 tahun ke atas boleh mengamalkan pengambilan cocoa collagen ini. Ibu mengandung dan lelaki dilarang mengambil produk ini.

Thursday, December 17, 2009

Cupcake Buttercream Faundant & Choc Moist Faundant









Comel x? That our 1st faundant deco..if u like it, order la...pilih la yang mana suke or boleh wat pilihan sendiri... yang last cupcake tu i buat sempena X-mas...ade snow n candy stick...i hope u all like it and order with us.. i do with my sis...

i really2 need your support and comment fom our members...

tq so much...love u all

Deco...
Cc1 until CC28 (from left to right)

Wednesday, December 9, 2009

Kura-Kura YanG SeNgaL...

Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun.

Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.

Kekura I: "Ermmm..... salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?"

Kekura I dan II saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.

Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."

Kekura I & II: Eh Taklah. "Kita orang tunggu sampai engkau datang."

Kekura III: "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "Kalau 3 jam?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "Kalau 1 hari?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "3 hari?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "5 hari?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "1 minggu?"

Kura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "2 minggu?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu.

Kekura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je laaaah."

Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru "Hoi!
Nasib baik aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan ?

kan?!!!"

Kekura I & II : " @#$%^&

Tuesday, December 8, 2009

Kesian Aidil Kene Gigit

Hehehehe....

Pagi tadi b4 go to opis from kg...i ckp kat mak tolong bg Nemo makan...And Macam biasalah...anak buah i..yang suke tolong...

Maybe si Nemo tu Kebulur...si aidil pegang makanan n Nemo pun ambik la...sampai tergigit jari terlunjuknye...Apalagi, menangis la Aidil...Cian dia...Nemo tu pun seko, kebulur tu jangan la sampai gigit jari budak comel tu...hehheheee...

Sori aidil, auntie lala belikan jajan nanti balik kg yerk...

Tolong Jaga Hamster i yer...

senang jer...klik kat hamster tu...bg mkn tau