Monday, November 9, 2009

Penawar Hati...RenungKanLah...

Renungkanlah...

Penawar Hati
" Jauhilah kebisingan kerana ia menyebabkan keletihan,jauhilah orang yang gemar mencaci dan menghina kerana ia membawa penyeksaan "

" Tidak semua yang kita nampak bercahaya itu berlian,selalunya kaca,kalau kaca sifatnya mudah pecah dan terluka "

" Janganlah jadikan kesusahan dan kesedihan anda sebagai hal yang penting untuk diperkatakan kerana hal itu akan menjadi penghalang untuk mencapai kebahagian "

" Sesungguhnya kehidupan ini adalah satu perjuangan dan orang yang berjuang tidak pernah kenal putus asa "

" Jadilah seseorang yang mampu mengubah musibah menjadi anugerah bernilai "

" Sebaik-baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah dusta "


" Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya "


" Memang kalau tiada kesakitan, orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan.Oleh itu sakit dan pedih adalah tangga kejayaan "

" Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya,Kerana teman saling mencontohi "

" Jika kamu berada di rumah orang,jagalah matamu,jika kamu berada ditengah orang ramai,jagalah lidahmu dan jika kamu beradda dalam majlis jamuan, jagalah perangaimu "

" Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang dengan tangannya sendiri "

" Satu hari orang berilmu lebih baik daripada setahun untuk orang dungu "

" Setiap impian bermula dengan usaha,setiap usaha berakhir dengan kejayaan "

" Kejayaan bukan datang dengan sendiri,tetapi kejayaan datang dengan pergorbanan "

" Duit bukan segala-galanya,tetapi segala-galanya memerlukan duit "

No comments:

Post a Comment

Tolong Jaga Hamster i yer...

senang jer...klik kat hamster tu...bg mkn tau